Bukan sebab bajet. Selalunya sebab proses ubah suai terlalu menyusahkan.
Kami urus keseluruhan proses dari mula hingga siap.
Tak perlu pening. Tak perlu tunggu lama.
Isi maklumat anda di bawah. Konsultant kami akan menghubungi anda.
Lihat reka bentuk terkini dan ketahui manfaat Trade-In anda.
Biar kami uruskan kerja menanggalkan susunan lama dan menggantikannya dengan ruang Signature yang baharu.
Tukarkan perabot atau kabinet lama anda kepada rekaan Signature baharu dan nikmati ganjaran.
Tukar dapur, almari pakaian atau perabot lama anda dan nikmati rebat tunai segera untuk pembelian Signature baharu. Pasukan kami akan menguruskan kerja pembongkaran, pelupusan dan pemasangan untuk anda.
Tidak, anda boleh kekal di rumah.
Kami akan membuka dan memasang set Signature anda di kawasan yang sama, biasanya siap dalam hari yang sama atau 48 jam*. Kami memastikan kerja yang bersih, selamat dan gangguan minimum kepada anda.
Kategori terpilih termasuk kabinet dapur, almari pakaian, sofa, tilam, meja makan, langsir dan kabinet TV.
Ya, boleh. Anda boleh trade in beberapa kategori dalam satu program.
Kami menerima kebanyakan perabot terbina dalam (built-in) mahupun bebas (freestanding) dalam apa jua keadaan, asalkan ia selamat dan boleh diakses untuk proses pembukaan.
Walau bagaimanapun, Signature berhak untuk menolak kerja-kerja pembukaan atau pelupusan sekiranya perabot tersebut didapati dijangkiti haiwan perosak, mengandungi bahan berbahaya, atau mendatangkan risiko keselamatan kepada kakitangan kami.
Khidmat pembukaan dan pelupusan adalah percuma untuk barangan yang layak.
Walau bagaimanapun kerja tambahan (seperti alihan paip, baiki siling, lantai, jubin atau cat) akan dicaj berasingan. Sebut harga yang telus akan diberikan sebelum anda membuat pengesahan.
Bagi projek custom atau fabrikasi khas, sekitar 5 hari bekerja.
Bergantung kepada jenis permukaan kaunter (worktop) dan skop kerja yang dipilih:
Pemasangan Ekspres 48 Jam: Untuk worktop pasang siap (pre-fabricated) dan rekaan standard.
5 Hari Bekerja: Untuk rekaan tersuai (custom) atau worktop yang memerlukan ukuran tepat di tapak.
Sales consultant anda akan menasihatkan garis masa yang terbaik berdasarkan rekaan dan keadaan ruang anda.
Program ini terpakai di Signature showrooms dalam Klang Valley dan alamat rumah pelanggan juga perlu berada dalam Klang Valley.
Berdasarkan kategori produk dan jumlah pembelian. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk perunding Signature di showroom.
Tidak. Rebat akan diberikan sebagai tolakan pada nilai pesanan.
Isi maklumat anda dan perunding kami akan hubungi anda. Rumah Anda Layak Untuk Nafas Baharu.
Trade in sekarang dan nikmati pengalaman upgrade rumah yang lebih mudah bersama Signature.